

! اهلا وسهلا
Jom Belajar Bahasa Arab
USTAZAH ANIS NAJWA BINTI AZMAN

Kurikulum Bersepadu Dini al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) digubal bertujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Dalam usaha melahirkan ilmuan Islam dan pelapis generasi ulama pada masa akan datang, kurikulum ini dibina berasaskan kemahiran berbahasa dan ilmu bahasa Arab. Perkara ini akan dapat meningkatkan kecekapan dalam interaksi sosial murid serta boleh mengakses maklumat tambahan kepada pengetahuan yang diperlukan.




Matlamat



Objektif
Matlamat pengajaran dan pembelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah di peringkat menengah aliran agama ialah untuk menyuburkan pembelajaran Bahasa Arab dan menguasai kemahiran berbahasa dalam diri setiap pelajar di samping meningkatkan keupayaan komunikasi secara berkesan dengan menggunakan Bahasa Arab fushah.
Menguasai kemahiran mendengar perkataan, ayat dan perenggan serta memahami maknanya.
Menyebut perkataan dalam ayat dan perenggan serta memahami maknanya.
Kemampuan bertutur dalam situasi tertentu.
Membaca perkataan, ayat dan perenggan dengan betul dan lancar.
Menguasai kemahiran menulis perkataan, ayat dan perenggan mengikut kaedah dan tulisan yang betul.
مهارات
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN



الاستماع
MENDENGAR

قدرة الطلاب على الاستماع وفهم ما يسمع في المواقف المختلفة والقدرة على الاستجابة.
Keupayaan murid mendengar dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberikan respons.



الكلام
BERTUTUR

قدرة الطلاب على إيصال الأفكار والمعلومات والمشاعر بالنطق الصحيح والمناسب والمهذب والترنيم وأسلوب اللغة.
Keupayaan murid berbicara untuk menyampaikan idea, maklumat dan perasaan dengan sebutan, intonasi dan gaya bahasa yang betul, sesuai dan sopan.



القراءة
MEMBACA

قدرة الطلاب على القراءة بطلاقة والنطق الصحيح بالإضافة إلى فهم النص
المقروء.
Keupayaan murid membaca
dengan sebutan yang fasih dan intonasi yang betul serta memahami teks yang dibaca.



الكتابة
MENULIS

قدرة الطلاب على كتابة الكلمات والعبارات والجمل والفقرات وتوليد الأفكار من خلال أشكال الكتابة المختلفة.
Keupayaan murid menulis perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan serta melahirkan idea melalui pelbagai bentuk penulisan.